ak rasa benda ni betul :) duhai lelaki, mengertilah ;p
1. Bila dia tidak menghiraukan kamu, selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
2. Gadis sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. sebab itu gadis mudah patah hati bila si jejaka buat perangai.
3. Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
4. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut! Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
5. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia kawan, cubalah tegur dia secara perlahan - lahan.
6. Muzik, lukisan dan penulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. gadis suka meluahkan apa yang dia rasa.
7. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood si gadis.
8. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah - olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakannya akan tahu berita tersebut!
9. Jika kamu sukakan seorang gadis, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
10. Jika seorang gadis memberi 1001 alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
11. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. kamu ada can!
12. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
13. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya - tanya, 'kenapalah aku tak jumpa laki ni terlebih dahulu?'
14. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang akan dicari oleh si gadis ialah buah hatinya a.k.a secret admirer nya kemudian barulah dirinya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment